SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SR HAJI TARIF BRUNEI I ..... WELCOME TO SEKOLAH RENDAH HAJI TARIF BRUNEI I WEBSITE .....

BAHAGIAN KOMPUTER  

Cikgu Hajah Norhani Binti Haji Ahmad

Sekolah ini telah dibekalkan oleh Pihak Kementerian dengan 20 buah alat komputer pada tahun 2001 iaitu bagi fasa kedua.  Bahagian  ini di ketuai oleh Cikgu Hajah Norhani Binti Haji Ahmad      ( Guru ICT ) dan dibantu oleh Cikgu Mohd Alli Sabri Bin Haji Awang Besar (Guru Besar), Cikgu Salinawati Binti Md Zainal, Cikgu Noorhazlina Binti Haji Tarip dan Ustaz Mohd Niah Bin Hashim.

Pada masa ini pengajaran dan pembelajaran komputer telah dapat dilaksanakan dengan baik yang melibatkan murid-murid Darjah I hingga Darjah 6.  Perkara ini dilaksanakan secara berperingkat- peringkat mengikut tahap kebolehan murid-murid yang diajar.  Selain dari itu, guru-guru juga diberikan latihan-latihan secara berkala tentang cara penggunaan komputer.  Ini termasuk pengajaran yang menggunakan MicrosoftWord, Excel, Paint, CD-Rom, Internet dan lain-lain lagi.