SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SR HAJI TARIF BRUNEI I ..... WELCOME TO SEKOLAH RENDAH HAJI TARIF BRUNEI I WEBSITE .....

LATAR BELAKANG SEKOLAH 

 

BANGUNAN LAMA

Bangunan lama sekolah ini dinamakan Sekolah Melayu Kampong Tamoi.  Ianya terletak di Kampong Tamoi Tengah di mukim Tamoi, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.  

Bangunan ini mula dibina pada tahun 1967 secara bergotong-royong oleh orang-orang kampong dengan bantuan kewangan daripada Jabatan Pelajaran sebanyak $2,500.00 ringgit Brunei.  Bangunan ini mula digunakan pada 1hb Mei 1972 dengan keramaian muridnya sebanyak 145 orang.  

Guru Besarnya bernama Cikgu Haji Abd Rahman Bin Mat Tamit yang bertugas dari 1 hb Mei 1972 hingga 6hb Februari 1973.

 BANGUNAN BARU

Sekolah Rendah Haji Tarif yang ada sekarang mula dibina pada 17hb Februari 1975 dan mula beroperasi pada 1hb November 1976.  Guru Besarnya bernama Haji Abd Hamid Bin Pehin Mahkota DiRaja Haji Zainal yang bertugas mulai pada 6hb Februari 1973 hingga 5hb Mei 1982.

 SENARAI NAMA GURU BESAR

ABD RAHMAN BIN MATAMIT - 1HB MEI 1972 HINGGA 6HB FEBRUARI 1973.

ABD HAMID BIN PEHIN MAHKOTA DIRAJA HAJI ZAINAL - 6HB FEBRUARI 1973 HINGGA 8HB MEI 1982.

PG SUHAILI BIN PG HAJI ABD GHANI - 6HB MEI 1983 HINGGA 2HB FEBRUARI 1986.

PG HAJI AJI BIN PG HAJI SERUDDIN - 3HB FEBRUARI 1986 HINGGA OGOS 1992.

PG HAJI ABD LATIF BIN PG HAJI TAJUDIN - 6HB FEBRUARI 1992 HINGGA 23HB OGOS 1999.

MALAI JUSNANI BINTI SHEIKH NIKMAN - 23HB OGOS 1999 HINGGA 23HB SEPTEMBER 2001.

MOHD ALLI SABRI BIN HJ AWANG BESAR - 24 HB SEPTEMBER 2001 HINGGA SEKARANG.

KERAMAIAN TENAGA PENGAJAR

Sekolah Rendah Haji Tarif mempunyai 14 orang tenaga pengajar yang terdiri daripada 1 orang Guru Besar, 12 orang guru dan 1 orang guru kontrek.

 

KERAMAIAN KAKITANGAN SEKOLAH

Ramai kakitangan sekolah ialah 7 orang iaitu 1 orang kerani, 1 orang pengawas perpustakaan, 3 orang tukang masak, 1 orang pembersih dan 1 orang penjaga malam.

 

KERAMAIAN MURID

Keramaian murid Sekolah Rendah Haji Tarif ialah 162 orang iaitu 81 murid lelaki dan 81 murid perempuan.

BILANGAN BILIK DARJAH

Banyak bilangan bilik darjah ialah seperti berikut :-

Darjah Pra        - 1 buah

Darjah 1            - 1 buah

Darjah 2            - 1 buah

Darjah 3            - 1 buah

Darjah 4            - 1 buah

Darjah 5            - 1 buah

Darjah 6            - 1 buah

 

BILIK-BILIK KHAS

Selain daripada itu terdapat juga bilik-bilik khas seperti berikut :-

Bilik Pentadbiran    - 1 buah

Bilik Kerani    - 1 buah

Bilik Muzakarah    - 1 buah

Bilik Guru Kanan    - 1 buah

Bilik Komputer    - 1 buah

Bilik Sumber    - 1 buah

Bilik Perpustakaan    - 1 buah

Bilik Sains    - 1 buah

Bilik R.E.L.A.    - 1 buah

Bilik P.A.I.    - 1 buah

Bilik L.A.T.    - 1 buah

Kantin Sekolah    - 1 buah

Dapur    - 1 buah

Bilik Lukisan dan Kraftangan    - 1 buah

Bilik Perubatan dan Kesihatan    - 1 buah

Bilik Bimbingan dan Kaunseling    - 1 buah